end year 2010 holiday (first day) :)

assalamualaikum

hari nie nak update pasal holiday aq dan keluarga pada akhir tahun lepas. sebb tak ada benda nak diupdate, so apa salahnya aq update benda yang telah lama berlaku. haha. :D okey ! percutian kali ini lain sikit dari percutian2 kami yang lain. sebab kitorang pergi melancong ke negara jiran iaitu, Hatyai di sempadan Thailand. bagi aq, percutian ini menjimatkan wang sebab tak perlu bersusah payah nak keluar duit untuk tambang kapal terbang. kitorang just pergi dengan kereta sahaja. actually, percutian ini merupakan tajaan skuad 4x4 RTM yang disertai oleh abah. so, kitorang berkonvoi dari kelantan ke thailand. lebih kurang 20 lebih buah kereta yang terlibat. so, 20 buah keluarga yang menyertai. SYOK HABIS !! :))

kitorang diarahkan berkumpul di sg. golok seawal jam 8.00 a.m. lagi. so, that morning, aq bangun seawal jam 6.00 pagi. upacara packing2 barang sudah dilakukan pada malam sebelum tu. okay ! kitorang turun dari rumah jam 7.00 pagi oleh kerana rumah kitorang mengambil masa setengah jam untuk sampai ke destinasi. bukan nya dekat, jauh tau !! bila sampai je di tempat berkumpul, kitorang lihat hanya 2,3 buah kenderaan sahaja yang sudah menunggu. punya larr rush abah bawak kereta. fuh ! memandangkan kitorang belum breakfast, abah aq decide kitorang pekena nasi berlauk dulu di kedai kopi berhampiran. abah just order nasi berlauk ayam untuk kitorang. kedai kopi tersebut merupakan milik orang thailand yang beragama islam. satu lagi yang aq dapat tahu, jarak masa antara thailand dan malaysia adalah sejam lebih awal dari malaysia. selepas je makan, kitorang kembali semula ke tempat berkumpul. dan kitorang dapati, sudah banyak kereta yang sudah menunggu. sebelum bertolak, kami diberi taklimat oleh ketua rombongan, iaitu pak do yang juga merupakan dj kelantan fm. haha. :D beberapa buah stesen tv thailand turut membuat liputan di situ. dan kitorang diarahkan berkumpul untuk acara mengambil gambar untuk dijadikan kenangan. sbelum kitorang bertolak, ketua rombongan mengagihkan nombor kenderaan kepada para peserta. nombor kenderaan kitorang adalah nombor 5. okey ! jom layan gambar dulu. :))
antara kereta2 peserta

budak gemok :D

my twins bro :))

they again :D

:))

okey ! kereta yang bernombor 1 harus bergerak dahulu dan diikuti kereta bernombor 2, 3, 4, 5 dan seterusnya. sepanjang perjalanan kitorang, konvoi tersebut diketuai oleh marshall. ( kereta myvi yang ada siren polis atas bumbung dalam gambar diatas ) mesti korang scroll up balik. hehe. dan kereta polis thailand. perjalanan kitorang mengambil masa hampir 4 jam. you know what ? kitorang tak payah ikut peraturan jalan raya. i mean, kalau dekat traffic light kitorang tak payah nak berhenti apabila lampu merah. haha. wah ! macam raja lar pulak. haha. :D sepanjang perjalanan memang menyeronokkan. :)) kitorang diarahkan berhenti untuk makan tengah hari dan kepada kaum adam, untuk sembahyang jumaat. destinasi lunch kami bukan di restoran2 ataupun di gerai2 malah, kitorang telah disponsor oleh satu keluarga warga thailand yang beragama islam. baik larr hati diorang. terima kasih banyak2. :)) wakil bg pihak skuad 4x4 RTM ni, memberi penghargaan kepada keluarga tersebut.

kami tiba di bandar Hatyai pada petang hari. suasana di bandar tersebut memang sibuk. satu lagi pengalaman yang aq boleh kongsi adalah, warga Thailand tidak diwajibkan memakai topi keledar apabila menaiki motor. hanya sesetengah sahaja yang memakainya oleh kerana, kadar kemalangan di negara mereka begitu rendah. okey ! destinasi penginapan kitorang iaitu di hotel (tak ingat dah ape nama hotel dia) yang terletak di tengah2 bandar Hatyai. sebelum masuk ke dalam bilik masing2, kitorang diarahkan berkumpul semula di lobi hotel untuk ke restoran sampan di mana, penjual2 menjual di atas sampan. owh ! jangan risau. semua penjual di situ, merupakan orang islam. :) untuk ke sana, kitorang tidak menggunakan kenderaan sendiri. sebaliknya, kitorang diarahkan menaiki kenderaan awam di sana yang dipanggil tuk tuk. :D
okay ! ini dia..
yang baju biru tu, kawan abah punye wife

pelik tapi menarik kan ? first time aq naik benda2 cenggini. haha. :D okey ! sepertimana yang aq bagitahu korang kat atas tadi, tujuan kitorang naik tuk tuk nie kerana kitorang nak pergi ke restoran sampan. okay ! ini dia..

restoran sampan.. :)

unik kan ? okay ! di restoran tersebut, kitorang jumpa pelbagai jenis makanan. pelik tapi sedap. haha. :D tetapi, yang paling susah bagi kitorang adalah, interaksi antara kitorang dengan penjual tersebut, kerana mereka tidak fasih berbahasa melayu, dan kitorang pulak tidak fasih berbahasa thailand. haha. :D so, kitorang just guna bahasa isyarat. *macam orang bisu pulak. haha. :D okey ! satu lagi keunikan di situ adalah, diorang menjual air minuman di dalam pasu tanah liat yang telah diukir dalam pelbagai bentuk. pelbagai jenis minuman yang dijual. jika pelanggan mahu membeli minuman, diorang boleh memilih sendiri bentuk yang diorang gemari. unik kan ? haha. okey ! ini gambar yang sempat diambil.
.
owh ! terlupa nak bagi tahu. hehe. sebelum kami memasuki jalan untuk ke restoran tersebut, kami terserempak dengan penjual yang menjual ini...

jijik kan ? haha. tapi, bagi diorang sudah menjadi rutin harian mereka untuk makan benda2 macam ni. kalau korang boleh tengok lebih dekat lagi, korang akan tahu ape yang dijual. haha. :D kebanyakan orang yang beli benda2 ni adalah cina siam. you know what ? benda2 ni dimakan dengan kicap dan penjualnya akan menyembur ke atas 'makanan' tersebut dengan menggunakan benda yang warna kuning tu. ish3. dasyat kan ? huhu.

okey ! bila dah penat round2 tempat tu, tiba masanya untuk kitorang balik semula ke hotel. fuh ! letih giler. and then, kitorang tuk tuk untuk pulang ke hotel. okey ! untuk hari kedua dan seterusnya, aq akan update for the next entri. adehh ~ dah tak larat dh. huhu.

p/s : berhabis duit dengan tambang tuk tuk.

No comments:

Post a Comment