Excitement of 3 days 2 night.:)

Salam..

Nampaknya,dah lama aku tak mengupdate blog niy.Maklumlah,masa tidak mengizinkan aku untuk bukak blog.Meh sini aku nak cite sikit pasal trip singkat yang menghiburkan selama dua hari yang berturut-turut.Tapi,tempat yang berlainan.

First trip pegi ke,Rantau Panjang.
Trip niy,dikhaskan untuk group Piranha aku a.k.a my bestfriends. yang dianjurkan oleh Nik Amirah.So,kitorang pakat tido rumah dia.Segala perbelanjaan makan-makan dan minum-minum,family Nik Amirah yang sponsorkan.

Aku enggak bisa bawak keta.So,semua pakat pegi dengan bas.Awal-awal pagi pukul 8.30 lagi kitorang dah diarahkan berkumpul di stesen bas.

Sampai di tanah Rantau Panjang pada pukul 11 pagi.Excited sangat!Kitorang jalan kaki je pegi rumah Nik Amirah oleh kerana stesen bas dekat sangat dengan rumah dia.

Kami dijamu dengan nasi berlauk masakan umi(umi Nik Amirah).Memang enak sampai menjilat jari.Yummm!Hehe.Lepas je makan,kitorang borak-borak nak melepaskan rindu yang sudah lama terpendam.Maklumlah,semua tak sama universiti.Susah nak jumpa.Niy je kesempatan yang ada.

Dah boring melepaskan rindu,Nik Amirah memperkenalkan xbox game.Memang enjoy sangat main benda tu.Yang mana nak kurus tu,xpayah nak habiskan duit pergi jim.Beli produk-produk kesihatan.Beli benda tu,boleh bukak bila-bila masa.

Main punya main,dah pukul 4.Plan kitorang,malam tu nak pergi seberang(Golok) untuk makan-makan.Memang umi pilih tempat yang terbaik punya untuk kitorang menjamu selera.Tak sia-sia rasa lapar masa tengah hari tu.Ais krim+pulut+santan+anggur=TERBAIK!

Kitorang tinggalkan negara Thailand lewat malam dah.Dalam pukul 10 macam tu.Sebab,umi kena angkut kitorang dengan kereta sampai dua trip.Balik rumah dengan perut memboyot oleh kerana makan tak ingat dunia sangat!:D

Malam tu,sambil duk membelai perut masing-masing.Sesi meluahkan perasaan dan bercerita secret masing-masing bermula.Macam-macam cerita yang aku tak tahu.Yang tu dah ada orang masuk minang laa dan bla bla..

Keesokan harinya,hari untuk beberapa dari kalangan kitorang pulang.Termasuklah aku.Aku harus menghadiri satu lagi event 'reunion' yang berlangsung di Bachok.

Kitorang ambik keputusan nak balik tengah hari.Pagi tersebut,kami breakfast dengan masakan umi yang lazat.Menu utama nasi goreng.Diikuti dengan nugget,keropok,beberapa jenis kuih muih.Memang kenyang habis!

Sebelum kitorang melangkah pulang,sesi berkaraoke bermula.Memang enjoy habis lahh!Bergegar satu rumah.Nasib baik langit ke tujuh tak runtuh.HAHA.

Hari kegembiraan di rumah Nik Amirah sudah berakhir.Balik ke Kota Bharu,kitorang cari teksi.Punya laa laju pak cik tu bawak teksi.Setengah jam dah sampai.HAHA.Boleh jadi pelumba F1 laa pak cik!:D

Second trip ke Batch Gathering di Bachok.
My second trip pulak,i had to attend satu batch gathering untuk rakan-rakan sekolah dulu.Parti bbq.

Memang penat sangat.Attend 2 event dalam satu masa.But,it's okay.Really enjoy the time.:)

Makan-makan ayam bakar,ikan bakar.Memang kenyang tak terkata.Habis diet!=,= 

Rakan-rakan sekolah aku pulak,ada yang semakin hitam.Ada yang semakin kurus,gemuk,pendek,tinggi.Macam-macam laa.*People can change* kan?;D Lepak-lepak sambil menikmati angin pantai.Memang best!

Snap-snap gambar,borak-borak.Maklumlah,dah lama tak bersua muka kan?

Ada peristiwa lucu yang aku nak kongsi.Malam tu,memang plan nak buat ungun api.Nak rasa jugak camna orang tersesat kat pulau.hehe.Memang dah tahu dah,tepi pantai kan anginnya kuat.Tapi,memang dah nekad nak buat ungun api jugak!Usaha punya usaha.Tak jadi jugak.The sad ending story.:( 

Balik rumah dengan muka yang hampa kecewa.It's okay.Tepi rumah pun boleh buat ungun api.=,='

- Trip dua hari niy,memang best.Yelah,tak laa rasa boring pada musim cuti.Kan?Ada jugak aktiviti berfaedah yang boleh buat.Biarpun rasa sekejap.Dua hari je.Tapi memang enjoy sangat.Harap-harap ada lagi jemputan for the next time.:) Nah!Aku bagi korang menikmati satu gambar di bawah niy.Tengok laa puas-puas.Err,perlu ke?><
Sebahagian kawan-kawan aku.:)Happy nampak.*Si kaca mata.Muka letih drive jauh.:P

No comments:

Post a Comment