Tanggal 21hb 2012.

Salam..

Hari niy,terjawab lah segala usaha,penat lelah budak-budak SPM yang candidates'nya' 2011.Pendek kata,resultlaah!

Semalam,bukak twitter banyak duk tweet pasal result.'Esok result dah keluar.Ketaq lutut ceq'.HAHA.Fb pun sama jugak.Maklumlah,friends list aku kebanyakkannya budak-budak senior sekolah aku dulu.:D

Yang berangan nak ambik result SPM pun ada.Kononnya nak takutkan budak-budak yang nak ambik result tu.HAHA.

Yang mana dapat banyak A tu,teruskan usaha.Bila dah masuk universiti,teruskan kecemerlangan tu.Jangan lupa diri.

Yang mana dapat sikit A tu,jangan sedih-sedih.InsyaAllah,kalau bernasib baik korang dapat peluang masuk universiti.

Pilih course yang mana sesuai dengan result korang.Kalau salah pilih,tak dapat.

Aku nak kongsi jugak pengalaman aku sepanjang duk universiti niy :

Kelebihan dia adalah,korang semua dah tahu kan universiti niy boleh pakai pakaian yang ikut suka hati mak bapak tiri laki mak engkau.HAHA.Tapi,INGAT!PAKAIAN YANG MENGIKUT SAHSIAH RUPA DIRI.
  • Bagi yang lelaki,setiap hari Isnin iaitu hari korporat(bagi UiTM sahaja).Korang harus pakai kemeja berseluar slack dan bertali leher.
  • Bila hari biasa,wajib pakai t-shirt yang berkolar.Dan jeans(tak boleh pakai tracksuite ataupun kain pelikat).Bila korang berani mati pakai yang dalam kurungan tu,alamaknya melayanglaa duit RM50 korang.Duit saman tu.:)
  • Bagi yang perempuan,bila hari korporat.Korang wajib pakai baju kurung.Tak wajib pakai kasut semua tu.Asalkan berkurung sahaja.
  • Bila tiba hari biasa,pakai t-shirt pun boleh.Asalkan tak menjolok mata sudah.Kena lengan panjang taw!
Bila korang nak keluar dari kawasan UiTM wajib ada kad matrik.Sebelum pintu pagar,ada pondok jaga yang mengawasi pelajar dalam kawasan UiTM 24 jam.

Bila korang terkantoi tak pakai kad matrik,mulalah pakcik-pakcik yang 'hensem' tu adakan sesi soal jawab kat bilik dia tu.So,be careful.:)

Pintu pagar akan ditutup pukul11 malam.So,korang tak boleh keluar masuk kawasan UiTM.

Satu lagi,korang tak boleh berkeliaran lepas pukul11 malam tu.

Kemudahan tempat makan yang disediakan dalam UiTM,also ditutup pada pukul11 malam.So,kalau dah tahu akan lapar pada tengah malam.Beli makanan banyak-banyak.HAHA.

Suasana dan sistem di universiti tidak sama dengan suasana dan sistem sekolah korang dulu.
  • Bila masuk universiti,komuniti dari seluruh pelusuk Malaysia akan korang jumpa.So,pilihlaa kawan yang sesuai dengan korang.
  • Pasal nak couple tu,memang takda orang nak halang kat sini.Ikut suka hati koranglah nak date kat mana pun.Masa sekolah dulu,date sorok-sorok takut terkantoi dengan cikgu.
  • Start masuk sem 2,korang bebas nak bawak kenderaan sendiri.
  • Korang juga ada pilihan sendiri sama ada nak duduk kolej ataupun nak sewa rumah kat luar.
  • Masa sekolah dulu,semua urusan pasal kelas,pendaftaran untuk exam cikgu yang uruskan.Tapi,universiti kita sendiri yang kena daftar.Cari kelas yang nak masuk tu.Daftar sendiri untuk exam.
  • Kalau tak allert dengan benda niy,korang boleh kena repeat.
  • Kehadiran kelas,kalau tak hadirkan diri lebih dari 3 kali.Korang boleh kena bar dan repeat untuk sem depan.
  • Kokurikulum pun sama.
  • Setiap warga kolej mesti akan dapat satu kad aktiviti.Kad aktiviti tu,haruslah diisi dengan kupon-kupon kehadiran korang dalam satu aktiviti.Seperti ceramah motivasi ke,aktiviti anjuran kelab ke n etc..
  • Cakap pasal assigment,memang banyak laa.
  • Walaupun banyak gap masa minggu exam,terasa macam takda masa walaupun gap sangat lama.Sebab banyak tajuk yang kena catch up.
  • Kat universiti memang duit keluar macam air.
  • Kalau macam universiti aku niy,memang duk tengah bandar.Mall semua ada.Cakap je nak pegi mana.Jusco?Carrefour?Sunway?Tesco?
  • Kebetulan,universiti aku niy dekat dengan mcd Perda.Setiap minggu pergi sem lepas.Sekarang aku tak keluar sangat.Nak lebih fokus kat study.:)
Aku rasa,dah cukup kott pengalaman aku kat universiti.Tapi,bagi aku kehidupan zaman sekolah lebih bermakna lagi.:)

No comments:

Post a Comment