assalamualaikum
Dulu, aq ada kawan dengan seorang hamba Allah ni. nak kata bestfriend tu, tak lar sangat. tapi, aq pernah sekelas dengan dia masa aq form 3. okay ! nak di jadikan cerita, emak kepada manusia ni suka sangat cerita pasal kebaikan anak dia. lebih2 lagi kalau pasal study. masa PMR, manusia ni dapat keputusan cemerlang. eum, 7a kot. setiap kali emak dia jumpa emak aq kat pasar ke, ataupun lain2 tempat mesti emak dia wajib cerita topik tentang anak dia tu. aq sedar, aq tak lah sehebat anak dia dalam bab2 belajar ni. setiap kali emak aq balik, mesti emak aq cerita pasal emak manusia tu cerita pasal anak dia. aq hanya mampu mendengar dan tersenyum saja. :)
Okay ! masa kami melangkah ke form 4, aq dengan manusia tu tidak 'ditakdirkan' sekelas seperti mana masa kami form 3. yelah, budak pandai kan mesti lar duk kelas yang tinggi sikit. beberapa bulan selepas tu, aq dengar cerita daripada emak aq yang dia dah tukar sekolah ke sekolah lain. aq pun, tak tahu apa sebab nya. macam2 cerita yang aq dengar. tapi, tak tahu yang mana satu nak aq percaya. tapi, satu cerita ni memang aq gerenti betul ! tapi, tak payah lar aq mention kat sini kot. :)
Lebih kurang 2 tahun aq tak dengar cerita dia. dan lepas exam SPM hari tu, aq dengar emak aq cakap yang dia kerja kat Seven Eleven. kerja part time. aq just goyang kaki je kat rumah. hehe. lebih kurnag seminggu yang lepas, keputusan SPM diumumkan. dan Alhamdulillah aq memperoleh keputusan yang tak patut orang tak bangga. haha. 2, 3 hari selepas keputusan SPM diumumkan, emak aq tak terima sebarang panggilan pun dari emak manusia tu. aq pun, tak tahu kenapa. aq just ignore je. dan finally, emak aq telefon nak bertanya khabar tentang result SPM anak dia yang dia bangga2kan sangat tu. and you what ! emak aq cakap keputusan anak dia tu, lebih teruk dari aq sangkakan. eum, aq tak nak komen apa2 pun. rezeki, Tuhan yang bagi. tetapi, aq ada terfikir. berbaloi ke apa yang emak dia buat suatu masa dahulu ? dapat dosa ada lar. itu namanya dipanggil riak. Tuhan tak suka orang yang riak. dan Tuhan boleh tarik balik rezeki yang diberikan bila2 masa sahaja yang Dia mahu.
p/s :

No comments:
Post a Comment