Bakal mahasiswi. :)

assalamualaikum

Aduh ! Dah lama aku tak update entri yang latest punya. Okay, sebenarnya aku telah layak untuk memasuki ke sebuah IPTA. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. So, tempat yang akan aku menuntut sebagai mahasiswi adalah di UiTM Pulau Pinang. Semua-semua yang terpilih untuk ke Universiti tersebut akan melapor diri pada 22 Mei ni. Aku mendapat tawaran untuk mengambil kursus Diploma Kejuruteraan Awam, which is my first choice dalam borang UPU tempoh hari. :)

So, dah terpilih untuk masuk ke Universiti ni aku dah bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh. Masa zaman-zaman sekolah dulu, tak sedar diri nak belajar sungguh-sungguh. huhu. So, orang dah bagi peluang untuk menyambung pengajian ni, guna peluang tu sebaik-baik mungkin- Mama.

Dan kelmarin, family aku adakan majlis kesyukuran sempena aku nak sambung pengajian. Majlis tu, disempurnakan dengan sembahyang hajat dan pembahagian pulut kuning. Alhamdulillah, everything goes well.MySpaceSo, aku harap orang yang menghadiri majlis kelmarin turut akan mendoakan kejayaan aku. :)

Fakta : Dapat bnyak duit. :D

No comments:

Post a Comment