Manusia

assalamualaikum

Okay ! Aku nak cerita sikit pasal feeling aku dekat sini. Tak pernah-pernah pun aku cerita benda-benda cenggini dekat blog aku ni. First sekali, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dekat seorang hamba Allah ni sebab sebelum ni, dia sudi jadi kawan aku. Nak kata rapat tu, tidak lah sangat. Teman tapi mesra gitu. haha. :D Dia pernah belanja aku makan, aku pun pernah belanja dia jugak. Nak balas budi lar katakan.

So, semenjak kami berada di rumah dan jarang-jarang bertemu ni kami just tanya-tanya khabar melalui laman sosial saja. Semenjak dua menjak ni, kami jarang berhubung macam dulu-dulu. Mungkin kerana aku jarang-jarang buka laman web sosial tu kot ataupun sebaliknya.

Dan nak dijadikan cerita, pada suatu hari yang indah dia ni ada request kan aku satu gambar. So aku accept dengan hati yang terbuka. Then, aku bagi hint sikit dekat gambar tu. Cakap terima kasih or whatever lar. haha. Dan, dia reply dengan perkatan yang cukup-cukup menyakitkan hati.

Sebagai manusia biasa yang ada hati dan perasaan, aku just sabar dengan dugaan yang ada dekat depan mata tu. Takan nak mengamuk tak tentu pasal dengan masalah yang kecik macam tu kan ? Soal hati dan perasaan dikatakan hal kecik ke ? eummmm.. So, lepas ni apa-apa request dari manusia tu aku akan ignore je. Tak payah bagi hint apa-apa. Just duduk diam.

Mungkin, kemungkinan yang aku takutkan sebelum ni sudah terbongkar dan sampai ke telinga dia ? Hanya Tuhan saja yang tahu hal ni. Aku takda niat pun nak bohong dia. Aku just nak defend diri aku daripada dimalukan.

Disamping rasa sakit hati yang tak berkesudahan ni, tak sabar nak test lesen kereta minggu depan. Harap-harap lulus. Aminn ! Nervous pun ada.

Fakta : Dapat pengajaran daripada apa yang berlaku. :(

No comments:

Post a Comment