Kotaraya

assalamualaikum

okay ! hari ni aktiviti aku berjalan seperti biasa setelah..jap nak kira ;rabu, khamis, jumaat, sabtu, ahad, isnin. owh ! 6 hari aku bercuti sebab nak tnggu lesen L disiapkan. kalau takda lesen L tak boleh sambung nak buat yang 8jam. hari ni sungguh dan memang-memang penat. lepas habis motor, aku sambung buat lesen kereta pulak. for the first time bawak kereta atas jalan raya yang sibuk dengan motor, lori, bas dan sewaktu dengannya. haha,. :D

perasaan nervous, takut datang secara bergilir-gilir. tapi, aku tekad. aku kena berani ! hehe. lepas je balik dari kotaraya, aku makan-makan, baring-baring, mama ajak aku teman dia ke astro center. tambahlah lagi kepenatannya. nak settlekan bil-bil astro yang dah lama tertunggak katanya. so, aku ikut je lar. then, singgah pulak kedai makan oleh kerana nak beli nasi bungkus. balik-balik terus online oleh kerana dah takda mood nak tido. dan hasilnya, ni ha ! aku update entri ni. haha. okay dah ! bye !

fakta : kenapa banyak sangat 'oleh kerana' ni ? =,=

No comments:

Post a Comment